Sunday 23 September 2012

Asam Pedas Berempah (Daging)


Asam pedas berempah ni ada juga yang panggil asam pedas melaka atau  asam garang. Ada macam-macam nama...heee. Kali ini ana guna tetel. Apakah itu tetel? Tetel ni daging lembu yang kedudukannya betul-betul bawah kulit lembu. Oleh  itu, daging bahagian ni agak berlemak. Kalau pergi pasar, cakap je nak beli tetel, penjual daging tu dah siap-siap asingkan tetel ni kat tepi. Selain daging ada juga urat-urat lembu dan salur-salur yang secara biologinya terletak di bawah kulit lembu ada kat longgokan daging tu.
Jangan terus minta penjual daging timbang dan bungkus terus tetel tu. Kita kene pilih sendiri. Supaya tak la kita dapat lemak-lemak beku dan salur-salur yang tak berapa sesuai untuk dimakan. Ana ada lampirkan sekali gambar tetel yang mak dan ana pilih semasa di pasar. Masih nampak macam daging yang sihat untuk dimakan kan.

Daging juga boleh digantikan dengan ayam atau ikan (ikan pari dan lain-lain ikan yang sesuai dimasak asam pedas biasa )

Selamat mencuba....

Bahan-bahan

(hidangan untuk 5-6 orang)

Bahan A
1 kg daging lembu/tetel
1 biji bawang merah


tetel

Bahan B
(bahan utk dikisar)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 X 2 inci halia ( panjang X lebar~style budak sains measuring thing :p ) 
5 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
2 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan kasar
2 sudu teh jintan manis/halus
2 sudu teh Lada hitam
20 batang cili kering

Bahan kisar

Bahan C
4-5 helai daun limau purut (siatkan jika daun bersaiz besar)
2 batang serai (dititik)
Segengam asam jawa rendam dalam air tapis/ bersih ( air asam jawa)

Serai dititik & daun limau purut


air asam jawa


Bahan D
(pekakas tumis)
3 biji buah pelaga
2-3 inci Kulit kayu manis
1 Bunga lawang (sekuntum bunga lawang-cukup dengan semua kelopaknya~ boleh describe macam ni :p)
3 kuntum Bunga cengkih

Cara-cara memasak

Bahagian I (Bahan A)
  1. Masukkan daging/tetel ke dalam periuk. Isi periuk dengan air putih memenuhi  ¾  periuk.
  2. Masukkan sebiji bawang besar yang telah dibuang kulit ( petua supaya daging cepat empuk).
  3. Rebus daging/tetel sehingga empuk ( air rebusan  kering sehingga sama paras dengan daging/tetel )
Bahagian II
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Apabila minyak sudah  panas, masukkan  Bahan D (perkakas tumis), kemudian terus masukkan Bahan B yang telah dikisar, serai yang telah dititik , dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan Bahagian I (daging/tetel yg telah direbus bersama air rebusan dan bawang yg direbus bersama sebentar tadi) ke dalam periuk yang mengandungi tumisan yang telah garing tadi.
  4. Masukkan air asam jawa. Tambah air tapis/masak/pili  (lebih kurang 2 cawan_terpulang nak kuah sebanyak mana)
  5. *Boleh masukkan 1 atau 2 sudu kerisik/ kelapa bakar jika ada. Kuah akan bertambah umphh :) Masukkan garam secukup rasa~~ ikut tahap kemasinan lidah masing-masing yea 
  6. *Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan terung jika suka

    Bahan untuk ditumis
    tumis sehingga garing



Asam pedas berempah


Sunday 16 September 2012

Asam Pedas Ikan Parang


(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan

Bahan A
(bahan utk dikisar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1-1/2" Halia
4 " Kunyit
2-1/2 biji buah keras

Bahan A (kisar) lupa snap 4 ulas bawang putih :)

potong bahan  untuk pengguna blender antik :p

Blender antique
*Sepatutnya air hanya separuh dari paras lada (air terlebih, waktu menumis lebih panjang)
*Bawang di kedudukan paling bawah sebab bawang banyak air,  bahan cepat lumat.

Bahan B
2 ketul ikan parang
Daun kesum
1 genggam asam jawa

Ikan parang dan daun kesum
*Petua: semakin berkilat kulit ikan parang semakin lemak dan  sedap ikan parang tu :)


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak  dalam periuk
  2. Apabila minyak panas masukkan  Bahan A (bahan kisar). Tumis sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing masukkan bahan B.
  4. Masukkan air putih /air tapis/air masak sehingga ikan parang tenggelam.
  5. Masukkan garam secukup rasa
*selepas kuah menggelegak boleh tambah bendi atau terung. Ana tak bubuh sebab bahan tiada dalam fridge.

Bahan kisar yang ditumis sehingga garing.
 * Lupa nak snap gambar asam pedas ikan parang yang siap dimasak . My bad sebab kelam kabut nak kejar bas sejurus siap memasak. Between, mak selalu mengamalkan konsep guna bahan-bahan yang sedia ada dalam fridge,  tak cukup tak apa yang penting, masak dengan penuh kasih sayang pasti masakan akan menjadi sangat lazat :)