Tuesday 20 November 2012

Kuih Seri Muka


Semasa Aidiladha baru-baru ini terdapat lebihan beras pulut susu kerana kami kekurangan daun palas. Oleh itu, supaya beras pulut tidak terbazir, saya manfaatkannya dengan membuat kuih tradisional kegemaran saya buat kali pertama...kuih seri muka. 

Bahan-bahan

Pulut
santan pekat dari setengah biji kelapa
700 g beras pulut
garam secukup rasa

Adunan tepung
1 cawan tepung
2 cawan santan
¾ cawan gula
1 biji telur
2 sudu teh pewarna hijau pandan


Cara-cara memasak

Pulut
  1. Alas loyang dengan plastik.
  2. Masukkan beras pulut dalam Loyang
  3. Tambah garam secukup rasa kedalam santan
  4. Tuang santan separas beras pulut
  5. Kukus sehingga pulut masak
  6. Apabila pulut sudah masak, rata dan padatkan  pulut  pada ketinggian separuh daripada Loyang
  7. Kukus sebentar di dalam kukus.


Alas loyang dengan plastik  sebelum memasukan beras pulut
Tuangkan santan yang telah dicampur garm separas pulut
rata dan padatkan  pulut  pada ketinggian separuh daripada Loyang



Adunan tepung
  1. Campurkan 2 cawan santan,  ¾ cawan gula, 1 cawan tepung,  1 biji telur, dan sedikit kapur masak yang di bancuh dengan sedikit air (kapur berfungsi untuk mengentalkan adunan)
  2. Kisar dengan blander atau mixer sehingga adunan gebu dan sekata
  3. 2 sudu pewarna hijau pandan ditambahkan kedalam adunan yang telah dikisar
  4. Kacau adunan tepung diatas api sederhana sehingga berasap


Cawan yang saya gunakan untuk menyukat adunan


sedikit air kapur untuk mengentalkan adunan tepung

Adunan tepung yang belum dikisar
Adunan tepung yang telah dikisar sebati dan gebu
Adunan tepung setelah ditambah pewarna hijau pandan


Seri muka
  1. Tuang adunan tepung ke atas pulut sehingga memenuhi loyang
  2. Kukus selama stengah jam sehingga adunan tepung masak
  3. Padamkan api dan buka penutup kukus biarkan kuih seri muka sejuk sebelum di potong


Kuih Seri Muka (tunggu sehingga kuih sejuk supaya potongan kuih lebih cantik)
** 

  • Guna cawan yang sama untuk semua sukatan untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna
  • Saiz cawan yang digunakan akan menentukan kuantiti adunan tepung
  • Gula pasir boleh juga digantikan dengan gula merah. Ini akan menghasilkan adunan tepung yang bewarna cokelat gelap, tidak perlu lagi menggunakan pewarna hijau pandan
  • Anda juga boleh menghasilkan pewarna hijau pandan semulajadi dengan mengisar daun pandan


Sambal Kacang Gula Merah


Sambal kacang ini saya belajar dari emak semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Kali pertama mencuba banya kesalahan yang saya lalukan antaranya mengisar kacang terlalu halus. InsyAllah saya akan ingat perkara ini sampai bila-bila.

Menurut emak terdapat dua jenis kuah kacang iaitu kuah kacang satay dan kuah kacang biasa. Ini ialah resepi kuah kacang biasa. Kuah kacang biasa tidak menggunakan jintan.

Bahan-Bahan

200 gram kacang tanah
20 gram cili kering
100 gram bawang besar
10 gram halia
5 gram kunyit hidup
10 gram bawang putih
Sedikit lengkuas
2 batang serai (dititik)
150 gram gula merah
0.5 litre air
3 butir asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)

Saiz bahan-bahan yang digunakan

Cara memasak

Kacang tanah
  1. Sangai kacang tanah atas kuali sehingga masak. Boleh juga goreng kacang tanah menggunakan minyak sehingga kacang masak.
  2. Buang kulit kacang tanah.(Ramas kacang dan tampi untuk mengasingkan kulit kacang.
  3. Kisar menggunakan pengisar kering (jangan terlalu hancur)

Kacang Tanah selesai disangai

Gula merah
  1. Masukkan gula merah ke dalam periuk, tuangkan air separas gula merah
  2. Masak sehingga gula merah larut keseluruhannya
  3. Tapis gula merah menggunakan tapis kopi
  4. Gula merah yang telah ditapis sedia untuk digunakan dalam masakan


Kuah kacang
  1. Kisar  cili kering, bawang besar, bawang putih, kunyit, lengkuas, dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga naik bau
  3. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar/ ditumbuk
  4. Masukkan air, kacau sehingga kuah kacang pekat (kuantiti kuah 3/4 dari kuantiti asal)
  5. Masukkan air asam jawa, air gula merah (masukkan sedikit demi sedikit sehingga manis mengikut citarasa anda), dan garam secukup rasa.
kacau seingga kuah kacang pekat
Kuah kacang gula merah