(Hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan
Bahan A
(bahan utk dikisar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1-1/2" Halia
4 " Kunyit
2-1/2 biji buah keras
Bahan A (kisar) lupa snap 4 ulas bawang putih :) |
potong bahan untuk pengguna blender antik :p |
Blender antique *Sepatutnya air hanya separuh dari paras lada (air terlebih, waktu menumis lebih panjang) *Bawang di kedudukan paling bawah sebab bawang banyak air, bahan cepat lumat. |
Bahan B
2 ketul ikan parang
Daun kesum
1 genggam asam jawa
Ikan parang dan daun kesum *Petua: semakin berkilat kulit ikan parang semakin lemak dan sedap ikan parang tu :) |
Cara-cara memasak
- Panaskan minyak dalam periuk
- Apabila minyak panas masukkan Bahan A (bahan kisar). Tumis sehingga garing.
- Apabila sudah garing masukkan bahan B.
- Masukkan air putih /air tapis/air masak sehingga ikan parang tenggelam.
- Masukkan garam secukup rasa
*selepas kuah menggelegak boleh tambah bendi atau terung. Ana tak bubuh sebab bahan tiada dalam fridge.
Bahan kisar yang ditumis sehingga garing. |
* Lupa nak snap gambar asam pedas ikan parang yang siap dimasak . My bad sebab kelam kabut nak kejar bas sejurus siap memasak. Between, mak selalu mengamalkan konsep guna bahan-bahan yang sedia ada dalam fridge, tak cukup tak apa yang penting, masak dengan penuh kasih sayang pasti masakan akan menjadi sangat lazat :)
No comments:
Post a Comment