Sambal kacang ini saya belajar dari emak semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Kali pertama mencuba banya kesalahan yang saya lalukan antaranya mengisar kacang terlalu halus. InsyAllah saya akan ingat perkara ini sampai bila-bila.
Menurut emak terdapat dua jenis kuah kacang iaitu kuah kacang satay dan kuah kacang biasa. Ini ialah resepi kuah kacang biasa. Kuah kacang biasa tidak menggunakan jintan.
Bahan-Bahan
200 gram kacang tanah
20 gram cili kering
100 gram bawang besar
10 gram halia
5 gram kunyit hidup
10 gram bawang putih
Sedikit lengkuas
2 batang serai (dititik)
150 gram gula merah
0.5 litre air
3 butir asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
Saiz bahan-bahan yang digunakan |
Cara memasak
Kacang tanah
- Sangai kacang tanah atas kuali sehingga masak. Boleh juga goreng kacang tanah menggunakan minyak sehingga kacang masak.
- Buang kulit kacang tanah.(Ramas kacang dan tampi untuk mengasingkan kulit kacang.
- Kisar menggunakan pengisar kering (jangan terlalu hancur)
Kacang Tanah selesai disangai |
Gula merah
- Masukkan gula merah ke dalam periuk, tuangkan air separas gula merah
- Masak sehingga gula merah larut keseluruhannya
- Tapis gula merah menggunakan tapis kopi
- Gula merah yang telah ditapis sedia untuk digunakan dalam masakan
Kuah kacang
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, kunyit, lengkuas, dan halia.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga naik bau
- Masukkan kacang tanah yang telah dikisar/ ditumbuk
- Masukkan air, kacau sehingga kuah kacang pekat (kuantiti kuah 3/4 dari kuantiti asal)
- Masukkan air asam jawa, air gula merah (masukkan sedikit demi sedikit sehingga manis mengikut citarasa anda), dan garam secukup rasa.
kacau seingga kuah kacang pekat |
Kuah kacang gula merah |
No comments:
Post a Comment