Monday 31 December 2012

Paella Ayam

Paella ialah makanan yang berasal dari Valencia iaitu bandar ketiga terbesar di Sepanyol. Saya mulai mengenali paella semasa mengambil mata pelajaran Bahasa Sepanyol di universiti dahulu.

Saya tidak merancang untuk menyediakan paella hari ini, kebiasaanya dalam perjalanan pulang dari kampung saya akan singgah makan di mana-mana foodcourt.
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, kalau nak makan di foodcourt jawabnya kena beli dahulu makanan dan tunggu sehingga ada meja kosong baru la boleh mengisi perut yang lapar dengan makanan yang dah suam-suam kuku.

Bosan dengan nasi goreng, sup ayam, timbul idea untuk memasak paella ayam menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk...ayuh kita mulakan:


Bahan-Bahan
100 g isi ayam (saya menggunakan 3 ketul pangkal kepak kerana itu sahaja yang ada dirumah)
¼ pot Beras
½ inci Halia diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar diracik halus
1 biji tomato dipotong dadu kecil-kecil (selain tomato boleh juga ditambah kacang peas, brocolli, cendawan, carrot, dan lain-lain sayuran)
Sedikit minyak zaitun
1 cubit serbuk kunyit
1 potong lemon
1/2 ketul kiub pati ayam

Bahan Perasa
Italian herbs
Serbuk  lada putih
Garam secukup rasa
Serbuk kulit kayu manis

Bahan perisa



*Paella secara normalnya dimasak menggunakan kuali leper, akan tetapi kerana tiada kuali tersebut dirumah bujang saya maka saya masak menggunakan periuk nasi sahaja.
Kuali Paella
Sumber



Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak zaitun didalam periuk
  2. Masukkan isi ayam dan masak biarkan sehingga separa masak
  3. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, sebuk kunyit dan gaul sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras yang telah di basuh  ke dalam periuk dan tambah air secukupnya (seperti kuantiti air yang digunakan untuk memasak nasi) masukkan kiub pati ayam.
  5. Apablila air rebusan telah mendidih masukkan tomato yang dipotong dadu dan cili
  6. Masukkan bahan perisa dan biarkan hingga nasi masak, kacau sekali sekala agar bahan sebati.
  7. Hidangkan paella ayam, dan lemon (perah lemon jika suka masam)
Paella Ayam


2 comments:

  1. Sedap nampak....
    Nak rasa yea nanti Ana....
    Selamat Tahun Baru 2013....

    ReplyDelete
  2. Huhuhu kawen nnti dpn mkn seperiuk

    ReplyDelete