( Hidangan untuk 5 hingga 6 orang)
Bahan Ikan bakar
600 gram (6 ekor) ikan mabong (ikan kembung besar)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kuah percik
250 gram (satu biji) santan kelapa
10 biji cili kering (dipotong, direndam, dan dikisar)
150 gram bawang besar (dipotong dan dikisar)
½ inci halia (dikisar)
1 biji buah tomato (dipotong dan dikisar)
1 batang serai (dititik)
3 sudu besar gula
1 sudu besar garam
Bawang besar, halia, dan serai |
Cara-cara memasak
Ikan Bakar
- Ikan mabong dibersihkan dan dikelar badannya.
- Kemudian gaul ikan mabong dengan garam dan serbuk kunyit sekadarnya, jangan terlalu masin
- Bakar ikan mabong tetapi jangan terlalu kering, cukup sekadar bakar sehingga ikan masak.
Ikan Mabong yang telah disiang dan dikelar badannya |
Ikan Mabung yang telah digaul dengan garam dan serbuk kunyit |
Kuah Percik
- Kisar cili kering, bawang besar, halia, dan buah tomato
- Leburkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai yang dititik dan santan
- Kacau sehingga kuah percik menjadi satu pertiga (1/3) daripada paras asal dibawah api sederhana
- Apabila kuah percik telah likat, masukkan garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar, santan, dan serai di lebur ke dalam periuk |
Dikacau sehingga likat ( kuah tinggal 1/3 daripada kuantiti asal ) |
Hidangan
- Sira kuah percik ke atas ikan mabong bakar
- Masak percik ikan mabong sedia untuk hidangan sekeluarga
Percik Ikan Mabong |
* Tomato boleh digantikan dengan sos tomato atau asam keping (tidak perlu dikisar). Masakan bersantan perlu ada unsur rasa masam agar tidak menerbitkan rasa mual.
* Kadangkala peniaga menambahkan tepung gandum supaya kuah percik cepat likat dan dapat menghasilkan kuantiti kuah yang banyak.
* Ikan mabong juga boleh digantikan dengan ayam
* Menurut emak, asalnya kuah percik direnjis-renjis keatas ikan semasa proses membakar ikan. Rasa kuah akan lebih meresap pada ikan.
Selamat mencuba