(hidangan untuk 4 hingga 5 orang)
Bahan-bahan
1 ikat kangkung (patahkan/ potong lebih kurang 3 inci)
2 batang cili kering (potong, rendam , dan tumbuk)~untuk lebih pedas, tambah cili kering
1 biji bawang besar saiz sederhana (potong dan tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 x 1 inci belacan (tumbuk)~Jika suka boleh tambah kuantiti belacan
1 jemput ikan bilis
1 cubit garam
10 sudu besar minyak masak
1 cawan air putih (terpulang kepada kuantiti kuah yang dikhendaki)
Cili kering, bawang putih, bawang besar dan ikan bilis untuk ditumbuk |
Cara-cara memsak:
- Tumbuk cili kering yang telah direndam hingga lumat, diikuti dengan bawang putih, belacan, dan ikan bilis. Bila semua bahan tadi sudah lumat baru masukkan dan tumbuk bawang merah (saya tumbuk bawang merah yang terakhir kerana kandungan air yang tinggi pada bawang akan mengganggu untuk menumbuk bahan yang lain dan mudah tepercik).
- Panaskan minyak masak
- Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing
- Masukkan air putih dan tunggu sehingga menggelegak
- Masukkan garam secukup rasa (rasa dahulu kuah tersebut sebelum memasukkan garam kerana belacan dan ikan bilis telah membekalkan rasa masin kepada kuah)
- Masukkan kangkung dan goreng kangkung sehingga layu
- Sedia untuk dihidangkan
Kangkung Belacan |
No comments:
Post a Comment