(Hidangan untuk 5 hingga 6 orang)
Bahan-bahan
1 Kg ikan duri (Dibersihkan dan isi ikan dipotong setebal 2 inci, bahagian ekor dan kepala dipotong mengikut citarasa masing-masing)
200 gram belimbing buluh (dibelah dua memanjang)
2 batang serai (dititik)
250 gram santan ( 1 biji kelapa)
10 gram asam jawa/ 2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 liter air putih
Bahan kisar
80 gram lada kering
50 gram halia
Ikan Duri; insang dan lupa ikan tidak dibuang kerana emak dan ayah menngemarinya |
Halia, serai , dan kunyit hidup |
Cara-cara memasak
- Masukkan bahan yang telah dikisar, serai yang telah dititik, ikan duri yang telah dipotong (kecuali telur ikan), dan air asam jawa / asam keping ke dalam periuk.
- Masukkan air putih sehingga ikan tenggelam dan biarkan sehingga mendidih (masak dengan api sederhana)
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan santan dan godak-godak bahagian atas kuah supaya tidak pecah santan ( jangan kacau bahagian bawah, nanti ikan akan hancur). Tunggu sehingga isi ikan masak.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan telur ikan duri. Tunggu sehingga telur ikan masak (telur ikan mengeras)
- Masukkan belimbing buluh, kacau sekejap dan padamkan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Lemak lada kering ikan duri dan belimbing buluh |
- Jika menggunakan asam keping, buang asam keping apabila kuah lemak lada kering sudah cukup rasa masammnya, jika dibiarkan , kuah akan menjadi terlalu masam.
- ikan duri dan belimbing buluh juga lazat jika digantikan dengan ayam dan kentang.
Selamat mencuba :)
first (1st)
ReplyDeletenyum2.. sdap nyerrr.. terliur aku kt sini..
nk balekkk...